Posts

Showing posts from June, 2019

8 years & counting

Image
Assalammualaikum & holla semua! *lap habuk* Maaf lah tak update al maklum la nak final kan so kenalah lebihkan buku. Ehhhh haha percayalah sangat :p Saya dengan ini bersyukur ke hadrat Ilahi sebab dengan berbakikan 4 hari sebelum Syawal menjelma, sempat juga berbuka dekat rumah disamping keluarga tersayang dan tak lupaaaaa juga acara tahunan iaitu berbuka dengan 4 kuntum bunga ni. Bukan senang tahu takk nak kumpul, sorang Unimas sorang Utm sorang Umk sorang UITM. Jadi, bila bulan puasa ni jela nak jumpa peluk cium group hug borak apa semua. Rindu sangat. Alhamdulillah, gembira ya amat dapat jumpa all these girls. Tengok masing-masing dah besar rasa macam woww seriousla kita dah kenal selama ni, i mean dari tingkatan satu kooooooooot hahahahah. Masa tingkatan satu dulu ya ampun tudung jangan cakap, sekop tu kalau tak atas kening tak sah and yang penting bucu tudung tu kena tajam okay hahaahha. Lepastu habis sekolah je mesti pergi medan selera lepastu main taman hah...