Xtreme-C Family Day
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini nak borak pasal Family Day Xtreme-C. Program santai ini diadakan dekat Pantai Cahaya, Port Dickson. Lepas je tol, dia punya excited tak boleh bawa bincang dah, belum lagi bila turun bas and kaki jejak pasir hahaha ni la masalah bila dah berapa bulan terperap dekat kolej aka bandar, lepastu dapat lari kejap pergi pantai. Ya Allah nikmatnya rasa. Padahal dah selalu sangat pergi sini tapi dengan keluarga la sebab ni tempat fav nak lepak lepak nak cari ketenangan gittew tapi kalini berbeza sebab pergi dengan kawan-kawan.
Aktiviti pertama kitaorang adalah zumba, al maklum la kenalah regang regang kan otot sebelum beraktiviti so otot-otot tu takdelah terkejut beruk. Selesai je zumba, aktiviti seterusnya adalah galah panjang. Kepada Syaf, maafkan saya sebab tertarik tudung, jap jap nak highlight TER ye. Hahahahaha sumpah tak sengaja. Tolong dengar cerita saya ye bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, okay cerita dia macamni. Syaf nak melepasi kawasan yang saya jaga tau, so saya pun nak tap lah bahu dia tapi tah cemana boleh terpegang tudung dia lepastu dia pula lari kedepan so tertarik la. Sekian hahahahaha aduh.
Aktiviti kedua ialah pecahkan belon di kaki. Masa nilah semua yang nampak ayu, lemah gemalai keluar belang dia. Punyalah nak menjaga sebiji belon tu boleh bawa gaduh eh semua hahaha sebab masing-masing nak kekalkan reputasi kumpulan masing-masing. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bebas, ha waktu ni la dapat teroka pantai tu, sesi bergambar dan ada juga yang naik banana boat. Naik banana boat ni pun satu hal aduh semua yang nak naik tu ada keinginan tau tapi takut. Hahaha jadi boleh bayang tak betapa lamanya nak siap2 duduk atas banana boat. Tapi akhirnya selamat juga 10 orang berlepas, tapi cam tak best sebab pak cik tu terbalikkan masa dah nak sampai pinggir pantai. Realitinya patut dekat tengah-tengah laut biar dorang rasa apa yang saya rasa dia punya struggle nak naik balik banana boat tu dengan kaki tak jejak tanah hahaha.
Perut pun dah menangis dan bbq pun sudah memanggil, maka tibanya masa untuk makan! Bukan nak cakap apalah, tapi highlight hari tu adalah makanan dia. Sedap saaaaaangat :( Ayam dibakar dengan begitu sempurna, isinya masak sepenuhnya begitu juga dengan daging bakar. Tidak lupa juga coleslaw yang rasanya persis coleslaw kfc digandingkan pula bersama nasi goreng. Sempurna! Tahniah post jamuan, saya bagi 10 bintang *tabur bintang
Kemudian, sesi tukar hadiah, bergambar dan baaaaalik! Baik, itu sahaja dari saya. Nah, belanja gambar sikit.







Comments
Post a Comment