Kawah Putih
Assalammualaikum & hi semua. It's time for travelog! and kalini kita akan ke negara jiran which is *drumroll*
.
.
.
Yes, Bandung!!!
Bandung merupakan sebuah daerah yang terletak di Indonesia dan seperti yang semua sedia maklum, Bandung ni memang terkenal sebagai destinasi percutian. Kalau untuk mak-mak tu memang pergi sini tak lain tak bukan untuk shopping kain la gamaknya. Tapi memang tak dapat dinafikan, kain-kain sini lawa - lawa and murah guys so it's worth it.
Percutian ke Bandung ni selama 4 hari 3 malam and guess what, tak cukup gaissss! I need at least a whole week untuk pergi semua a-must-visit-places-in-Bandung. Dia agak time-consuming sebab dari satu tempat ke satu tempat tu teramatlah jauh, makan masa dalam dua jam so kebanyakan masa habis atas jalan raya. Tapi syukur, kami dapat tour guide yang sangatla penyabar, friendly and dia bawa tempat yang wajib dilawati gittew.
Tempat pertama yang kitaorang pergi is Kawah Putih. Kawah Putih ni terbentuk disebab satu letusan yang berlaku dan putih tersebut merujuk kepada warna tanah yang memang putih jernih as clear as crystal omputih cakap. I'm amazed tau sebab macam turun-turun je ada satu kawah yang terbentang luas and terus mcm wow clearnya pemandangan. Tapi dekat sini boleh nampakla betapa ramainya mas mas photographer yang buat khidmat dorang dengan harga 5 rupiah untuk sekeping gambar. Tapi kalau enggak mahu perkhidmatan diorang, enggak papa kok bisa aja minta tolong ambilkan gamabr guna fon sendiri. Mereka baik kok.
Warning : Jangan lupa pakai mask sebab bau belerang sangat kuat ye and it's not good for your health, nnt hidung rasa panas gitu. Tak lupa juga, sejuk gila kat sini sebab dia atas kawasan pergunungan.
Nak tahu tak lepastu pergi mana? Nantikan post seterusnya oceyy!


Comments
Post a Comment