#KMA19
Assalammualaikum & hi semua. Jadi harini saya nak cerita pasal program that I was attent yesterday! It was under Program Berimpak : Konvensyen Mahasiswa Antarabangsa. dengan bertemakan " Melahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama " So basically, event ni anjuran MPP UKM and sejujurnya this was my first time attend konvensyen and I was like wow macamni rupanya and the lineup was debaboom : MPP dari UA lain mcm UIA, UM, USIM, USM and ofc tuan rumah, UKM.
Slot pertama adalah Politik Anak Muda. Tbh, I'm not into politic tapi benda-benda basic yang perlu tahu tu tahulah cuma I hate the idea of people being taksub dalam politik. But still there's always good in something and my fav is :
" Sebagai mahasiswa, first kita kena ada idealisme, followed by intelectualisme and activisme. Then it's complete. "
To make it short, apa yang saya faham adalah idea adalah penggerak kepada semua. Once kita ada idea, barula kita ada passion untuk decide apa nak buat seterusnya yang disokong oleh intelek which means ilmu. Kalau takde ilmu, ye idea tu masih boleh diguna pakai tapi ia berkemungkinan tidak relevan sebab ilmu tidak cukup untuk membahaskan perkara tersebut. Lepastu, baru proceed dengan activisme. Idea dah ada, ilmu dah ada maka laksanakan lah.
Senang cerita , kita ambil contoh nak memasak. Bila nak memasak mestilah kena fikir okay harini nak masak apa. Contoh idea : Sotong masak sambal. So next step ialah guna ilmu yang ada untuk decide okay barang apa yang diperlukan untuk buat sambal : cili kering, sotong, asam jawa and etc so boleh pergi beli barang basah and theeeeen baru boleh masak! That's how it apply :)
Another one is " jangan biarkan doktrin menyekat pemikiran kita, speak your mind! "
Tidak dapat dinafikan, that looks powerful but in reality, it's not. Berdasarkan pemerhatian, nowadays kebebasan bersuara tu tidaklah seperti yang digambarkan. Yes, you can speak your mind tapi tidak semua ye rakan-rakan. Masih ada undang-undang yang menghalang kita untuk bersuara, yang menghalang kita untuk menegur apa salah dan kekurangan dalam sesuatu pentadbiran. Especially when you're no one, your voice wouldn't be heard. It's hurt, but that's fact.
Slot kedua adalah Integrasi Ilmu dan Agama yang dibentangkan oleh panel jemputan : Prof Dr. Mat Rofa dan Prof. Dr Supyan Husin. Slot kalini lebih santai sebab lebih menjurus kepada kedatangan ilmu daripada zaman Abbasiyyah sehingga lah kini. I got another fav quote too!
" Orang yang cintakan ilmu ibarat ikan dalam tasik yang tenang tetapi bagi mereka yang terpaksa, mereka ibarat burung dalam sangkar. "
Slot ketiga adalah Pentas Siswa. Slot ini seorang wakil MPP dari setiap UA diberi lebih kurang 7 minit untuk pitching tentang masalah-masalah yang dihadapi mahasiswa and my fav is from first presentor. Muhammad Arif Hakimi | USIM | Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli dalam Sistem Pendidikan
Dalam pitch dia, dia ada sebut yang sistem pendidikan pada masa ini lebih menjurus kepada sistem meritokrasi dan bila difikirkan balik, betul juga. Pada masa ini, kebijaksanaan dan kebolehan seseorang sering diukur daripada nilai merit dan pointer sehinggakan siapa yang tak achieve certain benchmark akan dianggap lemah. Menurut Arif, sistem ini terlalu exam-oriented sehinggakan mahasiswa pada masa ini tidak menghayati ilmu. Sebab, mereka berfikiran bahawa okay takpe aku kena belajar untuk dapat pointer 3.5 dan keatas. Tapi kenyataanya, adalah ilmu yang diperoleh selama 15 tahun ni dihayati sepenuhnya atau hanya sekadar untuk peperiksaan sahaja?
Sekian, itu sahaja perkongsian dari program semalam yang membuatkan sel otak saya berhubung untuk menjawab segala persoalan tersebut. Jadi, it's your turn to ask yourself :)
Faerah nama diberi.
Tidak lain tidak bukan, sijil penyertaan namanya.
Nurul nama diberi.





Comments
Post a Comment