Highlight : Transtudio Bandung
Hi mas, kok sepatunya besar banget
Nama : Jake & Beanstalk
Darjah : Manja
Pusingan : 90 darjah
Paling manja-manja sebab dia gerak atas dan bawah je, tapi atas bawah pun kalau siapa yang gayat tidak digalakkan ye ketinggian dia bukan beshe-beshe. Tambah lagi kat atas tu ada giant keluar tingkap.
Nama : Giant Swing
Darjah : Garang
Atas sikit dari manja apa ek, ha garang kot. How should i describe this rides? Pada mulanya mungkin anda bisa tutup mata sambil menghayati buaiannya ke kiri dan ke kanan sehingga laaaaaaaaaa kelajuannya semakin bertambah dan suara anda meronta-ronta untuk menjerit sebab kelajuan dia memang tak rileks dan rasa macam dia nak campak langgar dinding tahu takkkkkkkkkkkkk. Tapi best sampai dua kali okay!
Bersediakah anda untuk ride pada skala ganas pulaaaa?!
.
.
.
Nama : Yamaha
Darjah : Ganas
Menurut pak google, Roller Coaster ini melaju menuju ketinggian 50 meter dengan akselerasi kecepatan hingga 120 km/jam dalam 3,5 detik dan mundur dengan kecepatan sama sampai kemudian berhenti ditempat semula. Benar banget, dia punya gemuruh bila dah duduk pasang seatbelt tu Allah je yang tahu. Sebab bila-bila masa je pekerja tu boleh tekan butang & shoot! Lagi gemuruh bila kami bertiga dan dua orang lain kat belakang je yang naik daripada ramai-ramai. Dia macamni tau, masa shoot tu tutup mata lepastu buka mata tahu tahu kepala dah kat bawah badan kat atas and the only thing yang kau nampak is bumbung rumah orang since dia outdoor lepastu lagi satu kelipan mata, kau dah disedut balik ke tempat asal. YOU FEEL ME?!
Nama : Vertigo
Darjah : Buas
Pusingan : 360 darjah
Cukuplah video menerangkan betapa buasnya dia. Bila part kepala bawah, badan atas tu rasa macam ya Allah ambil aja deh nyawa guwe. Guwe enggak sanggup kok. Even seatbelt dia ketat pun, rasa mcm seatbelt tu nak tercabut and tekak kalau boleh terkeluar nak keluar tahuuuu takkkkkkkkk. Tapi sebab nak datang sini bukan selalu, kitaorang naik dua kali sebab dia menakutkan tapi seronok fahaaaam takkkkkkk.
Sekian, itu sahaja. Sesiapa nak pergi, sila bawa saya. I need another rides especially Vertigo :(

Comments
Post a Comment