Productive

Assalammualaikum & hi semua. Topik kalini santai-santai gitu al maklumlah semua kan tengah mood cuti mid sem. Namun, saya mewakili insan-insan yang tidak pulang ke rumah pada cuti mid sem ini amat mencemburui anda *lap air mata* Jadi, kepada yang tidak pulang ke kampung halaman, tidak mengapa usah menangis usah bersedih, berikut adalah aktiviti yang anda boleh lakukan. Contohilah kami :



Sebagai insan yang memahami, saya faham betapa kadang rindunya akan masakan seorang ibu. Rindunya akan masakan di rumah, jadi kalau craving kena buat apa? Kena lah memenuhi craving tersebut, kesian perut. Jadi, aktiviti pertama adalah memasak. 


Menu kami adalah sotong sambal ( faerah punya craving ) , telur sambal ( demi memanfaatkan sambal yang lebih ) dan tidaaaak lupa jugaaaaa cucur bawang omg saya craving ni! Jadi, untuk masak kita perlukan apa? Ya bijak, mestilah perlukan bahan-bahan. So, mana lagi yang dekat Econsave lah jawabnya. Selesai je beli barang, semua pun dah kelaparan, bermulanya sesi masak-masak.


Cik sotong yang telah disiang.


Sambal sotong & sambal telur is doooooone *suara eina azman*

Like seriously, sumpah ngam gila sambal sampai bila makan tu rasa ya ampun seperti di rumah and bahagianya saat ini, tapi lagi ngam kalau ada kicap. omg and i got my cucur bawang yayyyy!

Aktiviti kedua ialah belajar. Ye kawan-kawan, jangan buat-buat terkejut ye. Saya dan rakan-rakan masih di jalan yang benar, alhamdulillah dan kami masih sedar bahawa mid sem adalah....jap kira lebih kurang 9 hari lagi. Jadi, dalam melagha melagha tu study jangan lupa, all those sotong and cucur wouldn't help dalam dewan kuliah. Dorang dah selamat dalam perut *wink*

Aktiviti seterusnya adalah girls' outing. Okay kawan-kawan, sekali sekala anda perlu keluar ye mencari ketenangan di dalam jiwa. Jangan dok terperap je dalam bilik, hidung tu perlukan udara yang segar dan mata tu perlukan pemandangan yang lebih luas :p Jadi, kami decide untuk pergi Reko untuk makan malam pada mulanya. Tapi tulah, kita hanya merancang kan, tengah makan-makan ada pula akak bagi flyer karaoke promo. Jadi ke karaoke lerr kita sebab semua memang suka nyanyi and nak lepaskan segalanya yang terbuku eceh tipu je.

Suatu ketika dahulu, saya dan Sabaria kalau stress mesti pergi Kolej Ibnu Zain tengok pemandangan sambil nyanyi lagu ni sepuas hati pastu dah lega, balik. So yeah again this song!

Yummy!

Aktiviti terakhir, main makeup-makeup is a must okay bila dengan kawan perempuan ni hahahahaha. Dah budak-budak ni nak, kita layankan jelah. And guess what I'm impressed! First, sebab selalunya basic makeup je tau sebab taknak nampak pucat, lipstick and blusher is a must! Tapi turns out ada yang berbakat macam MUA : Faerah ( tudung pink ) dan turns out my eye makeup is quite good! I'm impressed sebab jarang gila pakai eyeshadow tapi bila pakai it works macam yayyyyyyyy jadi!


Look-at-my-makeup-pose

Model-model-tak-berbayar
.
.
.
.
Sekian, itu sahaja perkongsian kalini. Yang lelaki jangan dok gatai-gatai nah nak main makeup-makeup juga. Cepuk kang baru tahu.







Comments

Popular posts from this blog

8 years & counting

Mental Awareness

Glamping Lakeside Rancabali